9 KELEBIHAN MENYIMPAN EMAS

Pasti ramai yang tertanya-tanya, apa yang best sangat beli emas ni?. Kelebihannya sangat banyak jika mahu disenaraikan. Di sini kak norah senaraikan beberapa kebaikan yang diperolehi apabila menyimpan emas ye.

1.  Nilai yang terjamin untuk jangka masa panjang.

1400 tahun dahulu , di zaman nabi muhammad SAW, harga seekor kambing boleh dibeli dengan 1 dinar. Sehingga kini anda boleh membeli seekor kambing dengan harga satu dinar. Anda boleh perhatikan betapa ampuhnya nilai emas untuk suatu jangka masa yang panjang. Jika ada bandingkannya dengan nilai wang kertas, perbezaan nilai tersebut sangat ketara. Pada tahun 80-an, anak-anak hanya membawa wang 50sen untuk belanja ke sekolah. Wang 50 sen ini sudah cukup untuk membeli makan minum di kantin. Namun, pada hari ini, nilai 50 sen adalah tidak mencukupi, malahan rata-rata anak-anak membawa wang RM3 ke atas. Kenapa perkara ini berlaku? Sudah tentu disebabkan kenaikan inflasi. Wang kertas lah yang paling terjejas dengan inflasi. Jadi, belilah emas untuk melawan inflasi.

2.  Mudah dicarikan ke dalam bentuk wang tunai.

Bila-bila masa anda perlukan wang tunai anda boleh jual atau gadai sahaja emas. Emas adalah wang tunai, tapi dalam bentuk fizikal. Cuba bandingkan dengan aset hartanah anda, adakah mudah untuk mencairkannya? Jawapannya, sudah tentu tidak. Malahan tempoh urusan jualbeli mengambil masa berbulan-bulan, malahan bertahun-tahun. Jadi adalah lebih baik anda memiliki emas yang dapat membantu anda di saat kecemasan di kemudian hari.

3. Aset yang boleh diterima di seluruh dunia .

Wah, emas adalah satu-satunya aset yang senang diterima oleh seluruh dunia. Apabila anda ke luar negara dan tiba-tiba wang kertas tidak cukup, maka jual kan lah emas anda. Mana-mana negara dan bila-bila masa sahaja akan menerimanya dengan senang hati. . Kisah peperangan vietnam dan amerika banyak diceritakan oleh orang-orang terdahulu. Oleh kerana pergolakan yang berlaku di negara vietnam maka ramailah rakyatnya melarikan diri ke negara jiran-jiran . Mereka menjual semua harta benda dan ditukarkan kepada emas. Emas tersebut dibuat kepingan dan diikat di baju. Apabila mereka mahu memulakan hidup baru di negara luar, mereka hanya perlu menjual emas-emas yang dimiliki. . Begitulah kisahnya, betapa emas dapat menyelamatkan kehidupan mereka di tempat lain.

4. Aset pelaburan yang tidak terikat dengan mana-mana pihak.

Setiap aset mempunyai sandaran. Contohnya bon terikat dengan penerbitnya, saham terikat kepada pengurusan dan prestasi syarikat , wang tunai pulak terikat kepada kekuatan kerajaan. Begitu jugak dengan hartanah yang masih terikat dengan peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Ini berbeza dengan emas, ianya adalah pemilikan yang sebenar. Emas tidak terikat dengan mana-mana sistem / sesiapa /aset kewangan lain.

5. Aset fizikal yang mampu milik.

Untuk jaminan masa hadapan kita disarankan untuk melabur dalam bidang hartanah. Wah, bila sebut sahaja hartanah, terus terbayang di fikiran kita betapa tingginya bayaran untuk memilikinya. Itu belum lagi kira beberapa urusan dengan peguam, lembaga hasil dalam negeri dan lain-lain belanja sebelum pemilikannya. Untuk memiliknya, keadaan kewangan kena benar-benar mantap. Jika tidak, sangat tipis peluang untuk mendapatkannya. Berbanding emas, ia adalah aset fizikal yang mampu milik. Kenapa?. Kerana anda boleh memiliknya dengan bayaran bajet bermula dengan pembelian 1gm. Apabila sudah konsisten menyimpan, nilainya akan terus meningkat seiring dengan peredaran zaman.

6. Aset fizikal yang mudah alih.

Emas satu-satunya aset fizikal yang boleh di bawa ke mana-mana. Tidak kisah sama ada ada berada di dalam negara atau luar negara. Emas tetap di terima di mana-mana. . Berbanding jika anda membeli hartanah, anda sama sekali tak boleh mengalihkannya sesuka hati. Misalnya anda bercadang untuk berpindah ke tempat lain, anda terpaksa menjual hartanah tersebut.

7. Tiada siapa yang akan tahu, melainkan diberitahu.

Emas tidak bersandar terhadap mana-mana sistem kewangan. Tidak disenaraikan dalam CCRIS, bank negara atau mana-mana jabatan kewangan. Oleh itu, pemilikan emas adalah rahsia individu itu sendiri. . Oleh yang demikian, untuk mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingi berlaku adalah lebih baik maklumkan kepada waris nilai emas serta tempat menyimpan emaa. Jika tidak, waris akan kerugian.

8. Nilai kekayaan di tangan kita.

Wah sesiapa yang memiliki emas bebar-benar beruntung. Ini kerana emas menjadi pemilikan sebenar individu. Berbanding wang kertas, jika apa, -apa berlaku terhadap sesuatu kerajaan, maka nilainya boleh jadi RM0 sahaja.

9. Menjadi kebanggaan pemiliknya.

Golongan wanita lah yang paling suka dengan emas. Terutamanya barang kemas, ia menjadi kebanggaan si pemakainya. Kata orang dulu-dulu, emas menjadi penambah seri personaliti seorang wanita. Maka sebab itulah mak ayah kita suka pakaikan barang kemas.

Nak info lanjut jual beli emas?

Klik sahaja link ini http://edaliagold.wasap.my

atau wassap di 016-8313664

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *.

*
*
You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Theme BCF By aThemeArt - Proudly powered by WordPress .
BACK TO TOP