Teknik Tabungan Mudah untuk emas

Alhamdulillah semakin ramai yang sudah memasang impian untuk menyimpan emas. Mereka sudah sedar bahawa emas adalah penyimpan nilai terbaiksepanjang zaman.
.
Masalahnya ramai yang mengadu nak beli emas ni mahal. Iye betul, tapi jika anda terus menunggu masa sesuai untuk membeli, sampai bila-bila pun tak akan dapat.Mulakanlah langkah pertama dengan membuat tabungan.
.
Bila sebut tabungan pastinya anda rasa berat kan? Apa taknya, nak berbelanja pun tak cukup, ini kan pulak nak menabung.
.
Aduh.. tiada yang mustahil sebenarnya.
Nak cuba cara paling mudah menabung?
Mari amalkan menabung di 3 balang warna tabung.
#1 Tabung Biru ( not RM1)
#2 Tabung hijau (not RM5)
#3 Tabung merah (not RM10)

Contohnya setiap kali pulang dari membeli belah di kedai runcit / pasaraya, lihat baki duit di dompet. Anda boleh memilih untuk menabung salah satu not wang (RM1/ RM5 / RM10) atau menabung kesemuanya.
.
Selain itu, selepas balik kerja setiap hari, periksa dompet dan buat tabungan di salah satu balang.
.
Selepas sebulan atau beberapa bulan, periksa jumlah tabungan yang dikumpul. Jika jumlah tabungan sudah mencapai suatu amaun pembelian emas, maka belilah emas. Tak perlu banyak, bermulalah dengan belian 1g emas pun dah cukup. Paling utama wujudkan rasa menyimpan emas itu terlebih dahulu.

Jika anda amalkan sikap ini, insya allah suatu hari nanti bilangan gram emas yang terkumpul mencecah puluhan atau ratusan gram. Siapa yang untung? Anda lah. 👍😊

Info jual beli emas.
http://edaliagold.wasap.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *.

*
*
You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Theme BCF By aThemeArt - Proudly powered by WordPress .
BACK TO TOP