Pengurusan masa yang efektif

Ramai yang mengalami masalah pengurusan masa. Lebih-lebih lagi seorang wanita. Ini kerana peranan seorang wanita itu memang banyak. Selain sebagai surirumah, dia jugak adalah seorang pekerja, terlibat dengan perniagaan untuk membantu ekonomi keluarga, di samping peranan sebagai pemberi khidmat kepada masyarakat sekeliling.

Maka tidak hairanlah, setiap hari kita mendengar kisah-kisah masyarakat bagaimana seorang wanita mengalami tekanan dan kemurungan. Namun tahap yang dialami adalah berbeza, bergantung kepada cara wanita tersebut menanganinya. Oleh itu, salah satu cara untuk mengelakkan tekanan adalah dengan pengurusan masa yang betul.

Di sini kak norah akan kongsikan beberapa langkah mudah yang boleh digunakan supaya masa dapat diuruskan dengan baik. Ada tujuh langkah semuanya. Semuanya akan diterangkan satu persatu.

Langkah 1: Kenalpasti visi dan misi kita.

Jelas dengan visi:

  1. Apakah yang paling utama?
  2. Apakah yang sangat bermakna dalam kehidupan kita?
  3. Apakah cita-cita dan yang hendak kita capai didalam hidup?
  4. Apakah matlamat jangka pendek/sederhana/panjang ?

Caranya;

– Senaraikan tiga / empat perkara yang dianggap ‘Perkara utama’ dalam hidup kita.

– Fikirkan sebarang matlamat jangka pendek/sederhana/panjang yang mahu dicapai.

РFikirkan hubungan  yang paling penting dalam hidup kita.

– Fikirkan apa jua sumbangan yang hendak dilakukan.

– Mantapkan lagi motivasi/kepercayaan yang kita mahu ada dalam hidup seperti aman,yakin, bahagia, saling membantu dan sebagainya.

– Fikirkan tindakan yang mahu dilakukan minggu ini sekiranya kita tahu kita hanya ada enam bulan lagi untuk hidup.

Contohnya:

Dalam masa 3 tahun dari sekarang saya akan pergi menunaikan umrah bersama keluarga.

Saya akan solat awal waktu dan konsisten membuat amalan-amalan sunat.

Mempunyai pendapatan RM20000 sebulan.

Langkah 2: Kenal pasti peranan.

Apakah peranan/tanggunjawab kita di tempat kerja, keluarga, bisnes dan masyarakat?

Pastikan peranan kita tidak melebihi 7 perkara. Supaya pengurusan masa anda lebih berkesan. Rujuk rajah 1 di bawah.

Pengenalan istilah ‘mengasah gergaji’ untuk menjadi asas kukuh kejayaan kepada semua peranan/tanggungjawab yang kita ada. Ia satu metafora yang menerangkan tenaga/usaha yang dikorbankan dalam meningkatkan kebolehan peribadi yang terdiri dari 4 bahagian utama iaitu fizikal, sosial, mental dan spiritual.

Rajah 1

Langkah 3: Pilih matlamat dalam setiap peranan.

Apakah perkara paling penting saya dapat lakukan bagi setiap peranan dalam minggu ini bagi mencapai impak positif terhebat?

Contoh sila rujuk Rajah 1.

Langkah 4: Buat rangka kerja seminggu.

  1. Masukkan Aktiviti terpenting/prioriti dahulu.
  2. Diikuti aktiviti-aktiviti yang lain.

Rancang jadual untuk seminggu seperti contoh di rajah 2.

Rajah 2

Langkah kelima: Terap integriti

Tugas harian memastikan perkara utama diutamakan sambil bersedia menerima peluang dan cabaran tidak terduga pada mana-mana hari.

3 perkara dibuat untuk permulaan hari;

  1. Semakan awal perjalanan hari. Lihat perlaksanaanya dalam tempoh seminggu.
  2. Gunakan kaedah Kuadran untuk beri keutamaan kerja. Boleh tanda ‘*’ atau ‘ Highlight’ untuk perkara prioriti.
  3. Gunakan beberapa bentuk perancangan T untuk hari itu (Seperti Rajah 3) Sebelah kiri untuk aktiviti sensitif masa, sebelah kanan untuk aktviti tidak sensitif masa.

Langkah 5 ni barulah kita fokus harian. Namun pastikan sudah rancang aktiviti untuk seminggu.

Rajah 3

Langkah enam: Menilai

Setiap hujung minggu buat penilaian semula.

Tanyakan soalan ini:

– Apakah matlamat yg sudah berjaya dicapai?

– Apakah cabaran yg dihadapi?

– Apakah keputusan yg dibuat?

-semasa buat keputusan, adakah saya mengutamakan yg perkara utama?selepas semuanya cantik dirancang, jangan lupa tindakan.

kemudian penilaian.

Kenalpasti mana aktiviti perlu dibaiki/ditingkatkan/dimansuhkan.

Kurangkan aktiviti bernilai rendah. cth: menonton TV, main game dll

banyakkan aktiviti bernilai tinggi

Semoga info ini bermanfaat untuk anda. Sila kongsikan dengan gembira.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *