4 langkah mudah urus duit bisnes

Apakah tujuan utama anda berniaga? Ya, semestinya mahu mendapat wang untuk menyara hidup, membuat amal jariah , memiliki aset di samping menyumbang kepada ekonomi negara. Lagipun pendapatan diperolehi dari bisnes adalah tidak terhad. Dengan syarat bisnes di uruskan dengan betul.

Tapi tahukah anda salah satu instrumen penting dalam bisnes adalah pengurusan kewangan? Namun ramai yang mengabaikan perkara ini kerana ia benar-benar leceh untuk dilakukan. Namun anda harus sedar bahawa sebenarnya pengurusan kewangan inilah nadi bisnes kita. Ia seumpama jantung di badan kita. Jika jantung anda sakit, aliran oksigen dalam badan tidak lancar. Jika dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan maut. Begitulah perumpaan untuk bisnes kita jugak.

Pengurusan kewangan yang baik membantu anda monitor perjalanan bisnes. Misalnya anda tahu samada tunai mencukupi untuk membayar segala kos dan belanja bisnes. Anda jugak akan tahu untung rugi. Selain itu anda dapat tahu Nilai bisnes.

Baiklah terdapat 4 langkah asas urus duit bisnes yang perlu anda tahu.

1. Asingkan duit

Langkah pertama yang patut anda lakukan adalah mengasingkan duit peribadi dan bisnes. Caranya mudah saja, masukkan duit gaji/upah diterima ke akaun peribadi. Manakala duit masuk dari jualan produk/servis dimasukkan ke akaun bisnes. Di samping itu anda jugak harus kenalpasti perbelanjaan/duit keluar itu untuk tujuan bisnes atau peribadi. Jadi taklah nanti akaun jadi cerca merba.

2. Menguruskan resit-resit bisnes

Hah ni ramai yang pening nak uruskan. Setiap hujung bulan/tahun kepala mula rasa pening mencari resit-resit yang lepas. Ini berlaku jika dilakukan dengan cara yang tidak sistematik.

Terdapat 4 cara mudah untuk menguruskannya.

a) Asingkan setiap resit ke dalam kotak / sampul / fail. Pastikan samada ia resit untuk peribadi atau bisnes.

b) Tampalkan resit di kertas A4. Buat nota kecil untuk maklumat sumber pembayaran dan apa tujuan. Susun ikut bulan.

c) scan atau ambik gambar resit dan letakkan di dropbox / google drive.

d) Menggunakan perisian perakaunan mudah. Tips tambahan: Setiap kali membuat jualan isu kan invois atau resit tunai. Ini adalah bukti duit masuk. Manakala untuk setiap pembayaran anda perlu minta resit / bil. ini adalah bukti duit keluar.

3. Aktiviti tunai

Dari mana sumber tunai anda?

Pelanggan/Operasi – hasil pendapatan

Pembiayaan – Modal pinjaman

Pelaburan – Jualan aset / duit pelabur

Ke mana pulak ia dibelanjakan? Kos stok , Gaji, sewa, bayar hutang pinjaman, beli aset dan sebagainya.

4. Rekod duit keluar masuk

Aliran tunai adalah semua transaksi duit masuk dan keluar dalam bisnes. Ini termasuklah transaksi bank atau tunai dan menunjukkan bakit tunai bisnes samada positif atau negatif. Semua rekod duit keluar masuk akan dimasukkan ke buku tunai. Dengan adanya rekod ini anda dapat pastikan duit tunai cukup untuk beroperasi. Paling penting pastikan baki tunai di tangan dan bank adalah sama dengan yang tercatat di buku tunai.