Makna bahagia sebenar

Kata-kata pujangga memberitahu “kita selalu melihat pelangi yang indah itu ada di atas kepala orang lain, tetapi kita tidak sedar bahawa sebenarnya pelangi itu juga berada di atas kepala kita”.

Sebenarnya inilah yang sedang berlaku hari ini. Ramai antara kita melihat orang lain itu lebih bahagia dari dirinya. Sedangkan mereka tidak tahu apakah sebenarnya yang menimpa orang tersebut.

Orang miskin melihat orang kaya itu bahagia. Hatinya akan berkata-kata, Waah! bestlah jika menjadi orang kaya; boleh beli kereta besar, rumah besar dan beli macam-macam. Sebaliknya orang kaya pulak melihat orang miskin sebagai bahagia. Mereka merasakan bestnya orang miskin, tidak berserabut dengan urusan-urusan temujanji, banyak masa dan sebagainya. Jadi, masing-masing merasakan orang lain lebih bahagia.

Sebenarnya untuk bahagia, kita perlu lihat pada kelebihan diri dan jangan fokus pada kekurangan diri.

Di dunia ini Terdapat 2 golongan manusia. Golongan yang pertama adalah melihat bahagia datang dari luar ke dalam. Iaitu keupayaan memiliki harta, pangkat, kuasa dan sebagainya. Golongan yang kedua pulak melihat bahagia dari dalam ke luar. Iaitu mereka memandang hati dan perasaan berkait rapat dengan kebahagiaan, bukannya material. Jadi anda mahu menjadi golongan yang mana?

Sebenarnya harta bukanlah pembawa kebahagiaan. Metaforanya begini, apabila anda perahkan air limau (Umpama ujian hidup) di tangan yang sihat, tentu anda tidak akan merasa apa-apa. Malahan tangan anda serap lagi khasiatnya Namun, apabila diperahkan air limau ke tangan yang terluka, pedihnya akan terasa. Bukan masalah air limau yang diperah itu, tetapi lebih kepada luka yang ada di tangan tersebut. Jika diibaratkan tangan itu hati, anda akan merasa tenang walau apa pun ujian yang mendatang berbanding hati yang memang sedia terluka. Oleh itu, betapa pentingnya kita menguatkan/menjaga hati untuk menepis sebarang ujian yang mendatang. Berbanding jika kita hanya mementingkan harta bertimbun, namun mempunyai hati yang kosong. Banyak contoh-contoh orang kaya dan terkenal yang mati sia-sia kerana jiwa mereka kosong.

Realitinya kita tidak mampu untuk menjaga hati semua orang untuk bahagia. Namun kita jagalah apa yang diperintah oleh Allah swt, Insya Allah Allah akan menjaga kita. Contohnya jangan membuat atau meninggalkan sesuatu perkara itu kerana orang. Ia akan bertukar menjadi syirik.

Semasa urusan mencari rezeki kita perlu jaga dua perkara ini. pertama, Ikhlas kerana Allah semata-mata. Kedua, ‘Iktiba bermaksud ikut jalan yg ditunjukkan rasulullah saw. Ini kerana tujuan utama hidup kita ialah ibadah kepada Allah. Bukannya harta semata-mata kerana harta adalah satu keperluan untuk mencapai tujuan utama hidup kita iaitu mencari keredhaan Allah. Harta yang digunakan untuk beribadah sahaja yang akan kekal bersama kita di akhirat nanti.

Paling penting capailah ‘Syurga yang disegerakan didunia’ melalui ‘hati yang sejahtera’ (Qalbun Saalim). Bagaimana untuk mencapai ketenangan hati? berikut adalah caranya:

Cara menenangkan hati:

1. Bawa hati ingat Allah

2. Baca dan fahami Al-quran

3. Berkumpul dengan orang soleh

4. Puasa sunat

5. Banyakkan hadir majlis ilmu. “ilmu jalan menuju iman dan iman itu jalan mencapai aman”

 

 

Kata-kata hati dan kaitannya dengan tindakan

Kata-kata menerbitkan suara hati yang menjadi sumber psikologi. Maka dari situ terbentuklah kebiasaan, karakter dan keyakinan diri. Secara umumnya, kata-kata hati akan dibayangkan didalam minda sebagai imej. Dan seterusnya terhasillah perlakuan kita sebagaimana imej yang digambarkan dalam minda.

Bagaimana proses ini berlaku? Otak manusia mempunyai organ sebesar jari yang berfungsi sebagai antena yang diberi nama Reticular Cortex (RC). RC ini pulak mempunyai Reticular Activating System (RAS). Kejadian penyampaian kata-kata hati , imej dan tindakan ini sangat unik.

Pertama sekali bahagian shodr(pancaindera/hati luar) akan menghantar isyarat kepada RC yang mengaktifkan RAS. Apabila RAS menerima isyarat positif, maka RAS akan memancarkan gelombang positif. Gelombang positif ini diterima dan dipercayai oleh Qalb.Ini semua berlaku didalam keadaan minda sedar. Seterusnya hati pulak mencetuskan perasaan-perasaan positif seperti bahagia, tenang, percaya dan yakin. Ini berlaku dalam minda separa sedar didalam fuad (roh).

Akhir sekali, satu tindakan yang positif akan berlaku sebagaimana yang ada dalam fuad. “Kata-kata adalah satu tindakan yang kita lakukan bagi memahamkan qalbu bagi mengakhlakkan fuad” – Master Dr. Mir Hazil Azran Ramli.

Bagaimana Hati & Minda memprogram diri anda

Tahukah anda selama ini Hati dan Minda mempunyai pakatan sulit terhadap kehidupan kita. Ya, itulah sebenarnya yang berlaku. Hidup kita sentiasa diprogramkan oleh hati dan minda yang berhubung.

Minda terdiri dari dua jenis. Minda sedar dan minda separa sedar. Minda sedar adalah segala perkara yang diketahui dari pemikiran dan pancaindera diri. Sebaliknya minda separa sedar adalah perkara yang kita yakin dan percaya yang akan membentuk satu sistem kepercayaan. Biasanya ianya adalah hasil dari minda yang merekod pengalaman seseorang.

Didapati 12 peratus kehidupan kita biasanya dikawal oleh minda sedar. Manakala 88 peratus lagi dari minda separa sedar. Wah, rupanya selama ini kehidupan kita banyak dipengaruhi oleh minda separa sedar. Maka berhati-hatilah dengan apa-apa perkara yang anda yakini dan percayai.

Masihkah anda ingat artikel sebelum ini mengenai 3 komponen hati? iaitu Shodr, Qalbu dan Fuad. Bagaimanakah ketiga-tiganya bekerjasama dengan minda? mari kita lihat satu persatu.

Shodr akan berhubung dengan minda sedar. Contohnya semasa anda membaca ayat-ayat dalam sebuah buku, anda akan fahami maksudnya, dari pemahaman itu ia bertukar menjadi pengetahuan. Pengetahuan tersebut memberi kesan serta membangkitkan perasaan kesedaran dalam diri . Perasaan tersebut mengeluarkan gelombang tenaga yang membawa kita untuk bertindak. Proses itu semua berlaku di bahagian Qalb dan dihantar ke minda separa sedar. Hasilnya, pengetahuan tersebut lama-kelamaan menjadi satu keyakinan dan kepercayaan yang disimpan di minda separa sedar. Pada masa ini, minda separa sedar berhubung secara terus dengan fuad iaitu hati paling dalam yang menempatkan roh kita.

Oleh itu sentiasalah menapis apa sahaja maklumat yang bakal anda terima. sentiasa wujudkan getaran perasaan yang positif kerana getaran perasaan yang positif akan menarik benda yang positif di sekeliling kita. Begitulah sebaliknya.

Seperkara yang anda perlu tahu mengenai minda adalah aktiviti minda tidak boleh dikawal secara langsung oleh minda. Namun anda boleh programkan ia secara sedar dan sengaja melalui beberapa latihan.

 

Rahsia hati yang perlu anda tahu.

“Ketahuilah, sesungguhnya dalam tubuh badan ada segumpal daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh badannya dan sekiranya buruk, maka buruklah keseluruhannya. Ketahuilah ia adalah hati” – Hadith ini direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim.

Apabila membicarakan ilmu hati, sebenarnya ia terlalu luas. Hati biasanya dikaitkan dengan perasaan/emosi. Bermacam-macam perasaan yang boleh dirasai oleh hati seperti gembira, bahagia, sedih, sakit hati dan sebagainya.

Namun adakah anda jelas, bagaimana tercetusnya perasaan-perasaan tersebut. Oleh itu disini kita akan bincangkan satu persatu. Sebenarnya terdapat 3 komponen utama yang menggerakkan hati tersebut.

1. Shodr( Hati Terluar)

Shodr biasanya berkait rapat dengan pancaindera manusia dan ia berkait rapat dengan minda sedar. Minda sedar ini biasanya boleh dikawal. Oleh itu, syaitan suka mempengaruhi manusia di bahagian tersebut. Contohnya apabila anda hendak mendirikan solat subuh. Anda boleh membuat keputusan hendak bangun solat atau sebaliknya. Jika malas bangun solat, maknanya syaitan sudah berjaya mempengaruhi anda. Nauzubillahminzalik.

2. Qalb(Hati)

Qalb merupakan perantara pintu masuk sesuatu dari Shodr dan Fuad (Roh) atau sebaliknya. Ia akan mencetuskan perasaan atau intuisi (gerak hati). Contohnya apabila anda bangun dan solat subuh awal waktu, anda akan rasa tenang, bahagia, lebih positif dan bersyukur.

Kita digalakkan untuk terus melatih hati dengan perkara positif supaya dapat membentuk tabiat, karakter dan gaya berfikir yang positif jugak. Oleh itu, layankanlah hati anda lebih dari buah hati anda.

Di samping itu, hati bersifat berbolak balik. Maka programkanlah hati anda agar sentiasa berada di jalan Allah swt yang betul. Amalkan solat taubat dan beristighfar. Letakkan kepercayaan bahawa Allah swt itu maha pengampun.

3. Fuad(Roh)

Roh adalah hati terdalam anda atau dipanggil sebagai lubb (inti dan kefahaman batin). Ianya satu bahagian yang suci dan bersih. Anda akan menyedari kehadiran Allah swt dalam diri. Syaitan sukar masuk ke ruangan ini.

Apabila seseorang itu bersifat positif, maka kebaikannya semakin mantap. Jika bersifat negatif, makan kebaikkannya itu jarang digunakan dan ia lebih banyak menggunakan Shodr.

Masih ingatkah tadi perasaan yang anda rasai semasa solat subuh. Sesungguhnya perasaan tenang, bahagia, lebih positif dan bersyukur itu adalah dari roh. Ianya adalah perasaan yang menjadi fitrah semulajadi manusia.

Namun sesekali Allah swt akan beri ujian sejauh mana keimanan kita. Maka terimalah ujian tersebut dengan penuh kesyukuran dan sentiasa mengharapkan keredhaannya.

Begitulah keajaiban sifat hati anda. Jagailah ia sebaik mungkin sebelum jasad menjadi roh. Semoga roh didalam keadaan yang tenang apabila dijemput Allah swt suatu hari nanti.

 

Pengurusan masa yang efektif

Ramai yang mengalami masalah pengurusan masa. Lebih-lebih lagi seorang wanita. Ini kerana peranan seorang wanita itu memang banyak. Selain sebagai surirumah, dia jugak adalah seorang pekerja, terlibat dengan perniagaan untuk membantu ekonomi keluarga, di samping peranan sebagai pemberi khidmat kepada masyarakat sekeliling.

Maka tidak hairanlah, setiap hari kita mendengar kisah-kisah masyarakat bagaimana seorang wanita mengalami tekanan dan kemurungan. Namun tahap yang dialami adalah berbeza, bergantung kepada cara wanita tersebut menanganinya. Oleh itu, salah satu cara untuk mengelakkan tekanan adalah dengan pengurusan masa yang betul.

Di sini kak norah akan kongsikan beberapa langkah mudah yang boleh digunakan supaya masa dapat diuruskan dengan baik. Ada tujuh langkah semuanya. Semuanya akan diterangkan satu persatu.

Langkah 1: Kenalpasti visi dan misi kita.

Jelas dengan visi:

  1. Apakah yang paling utama?
  2. Apakah yang sangat bermakna dalam kehidupan kita?
  3. Apakah cita-cita dan yang hendak kita capai didalam hidup?
  4. Apakah matlamat jangka pendek/sederhana/panjang ?

Caranya;

– Senaraikan tiga / empat perkara yang dianggap ‘Perkara utama’ dalam hidup kita.

– Fikirkan sebarang matlamat jangka pendek/sederhana/panjang yang mahu dicapai.

– Fikirkan hubungan  yang paling penting dalam hidup kita.

– Fikirkan apa jua sumbangan yang hendak dilakukan.

– Mantapkan lagi motivasi/kepercayaan yang kita mahu ada dalam hidup seperti aman,yakin, bahagia, saling membantu dan sebagainya.

– Fikirkan tindakan yang mahu dilakukan minggu ini sekiranya kita tahu kita hanya ada enam bulan lagi untuk hidup.

Contohnya:

Dalam masa 3 tahun dari sekarang saya akan pergi menunaikan umrah bersama keluarga.

Saya akan solat awal waktu dan konsisten membuat amalan-amalan sunat.

Mempunyai pendapatan RM20000 sebulan.

Langkah 2: Kenal pasti peranan.

Apakah peranan/tanggunjawab kita di tempat kerja, keluarga, bisnes dan masyarakat?

Pastikan peranan kita tidak melebihi 7 perkara. Supaya pengurusan masa anda lebih berkesan. Rujuk rajah 1 di bawah.

Pengenalan istilah ‘mengasah gergaji’ untuk menjadi asas kukuh kejayaan kepada semua peranan/tanggungjawab yang kita ada. Ia satu metafora yang menerangkan tenaga/usaha yang dikorbankan dalam meningkatkan kebolehan peribadi yang terdiri dari 4 bahagian utama iaitu fizikal, sosial, mental dan spiritual.

Rajah 1

Langkah 3: Pilih matlamat dalam setiap peranan.

Apakah perkara paling penting saya dapat lakukan bagi setiap peranan dalam minggu ini bagi mencapai impak positif terhebat?

Contoh sila rujuk Rajah 1.

Langkah 4: Buat rangka kerja seminggu.

  1. Masukkan Aktiviti terpenting/prioriti dahulu.
  2. Diikuti aktiviti-aktiviti yang lain.

Rancang jadual untuk seminggu seperti contoh di rajah 2.

Rajah 2

Langkah kelima: Terap integriti

Tugas harian memastikan perkara utama diutamakan sambil bersedia menerima peluang dan cabaran tidak terduga pada mana-mana hari.

3 perkara dibuat untuk permulaan hari;

  1. Semakan awal perjalanan hari. Lihat perlaksanaanya dalam tempoh seminggu.
  2. Gunakan kaedah Kuadran untuk beri keutamaan kerja. Boleh tanda ‘*’ atau ‘ Highlight’ untuk perkara prioriti.
  3. Gunakan beberapa bentuk perancangan T untuk hari itu (Seperti Rajah 3) Sebelah kiri untuk aktiviti sensitif masa, sebelah kanan untuk aktviti tidak sensitif masa.

Langkah 5 ni barulah kita fokus harian. Namun pastikan sudah rancang aktiviti untuk seminggu.

Rajah 3

Langkah enam: Menilai

Setiap hujung minggu buat penilaian semula.

Tanyakan soalan ini:

– Apakah matlamat yg sudah berjaya dicapai?

– Apakah cabaran yg dihadapi?

– Apakah keputusan yg dibuat?

-semasa buat keputusan, adakah saya mengutamakan yg perkara utama?selepas semuanya cantik dirancang, jangan lupa tindakan.

kemudian penilaian.

Kenalpasti mana aktiviti perlu dibaiki/ditingkatkan/dimansuhkan.

Kurangkan aktiviti bernilai rendah. cth: menonton TV, main game dll

banyakkan aktiviti bernilai tinggi

Semoga info ini bermanfaat untuk anda. Sila kongsikan dengan gembira.

Semuanya Allah punya

Mulakan setiap amalan dengan niat dan keredaan Allah swt.

Kita sebagai hambaNYA banyakkan kebergantungan kepada Allah swt.

Ke mana niat kita tu akan membawa ke  tempat yang kita nak..InsyaAllah

Sebagai contoh kita diberi Allah peluang untuk menuntut ilmu FBads. Baiknya Allah kepada kita. Allah telah bukakan minda kita dengan ilmu / teknik –teknik terbaru bagaimana untuk menghasilkan FBads yang mantop yang dapat menarik lagi lebih banyak rezeki.

Begitu juga selama ni aku tak sedar, kenapa allah didik aku untuk rajin membaca buku-buku bisnes pengurusan. Rupanya supaya dapat menyampaikan kepada orang ramai dan memudahkan mereka mencari rezeki yang diberkati.

Kadang-kadang Allah peringatkan kita dengan kesakitan, menunjukkan kasih sayang allah supaya beri peluang tubuh badan untuk berehat. Sebab tubuh badan bukannya mesin yang sentiasa bekerja 24 jam. Sedangkan mesin pun sekali-sekala berhenti dari operasinya. Inikan pulak tubuh badan manusia yang sifatnya lemah.

Selain itu, Allah swt juga telah gerakkan hati kita untuk terus belajar skill-skill bisnes

Sebenarnya Allah nak lihat usaha kita.

Allah nak lihat perngorbanan kita.

Allah nak lihat tawakal kita.

Yakinlah bahawa rezeki itu sentiasa ada. Allah swt itu maha pemurah dan maha mengasihani ke atas setiap hambanya. Minta apa sahaja, Insya Allah diperkenankan.

Kita kaya kerana Allah.

Kita naik pangkat kerana Allah.

Kita dapat maintain/naikkan sales kerana Allah.

Kita dapat upgrade ke level agen lebih tinggi kerana Allah.

Allah kurniakan agen-agen yang aktif itu rezeki  dari Allah. Hadiah kerana anda membantu agen-agen untuk berjaya dengan berkongsi ilmu, kata-kata motivasi dan sebagainya.

Allah kurniakan agen-agen yang lemau tu ujian buat kita, bagaimana kita menanganinya? Adakah kita sabar? Adakah kita akan membantu? Supaya lebih banyak pahala yang kita perolehi.

Semua perkara yang kita buat Allah akan nilai.

Sentiasalah bersyukur dengan rezeki yang ada dengan mengikut perintahnya. Insya Allah makin berganda rezeki yang datang.

 

#CoretanMinda

#Kaknorah

 

sambungan perancangan matlamat 2018

Baiklah ini adalah sambungan topik yang kak norah tulis semalam berkaitan target 2018.
Mesti ada yang tak sabar nak tahu kan?
.
Tak pe, jap lagi kak norah kongsikan ye.
.
Langkah seterusnya adalah:
.
.
4. Berapakah bajet yang diperlukan.

Setiap kali buat matlamat, jangan lupa masukkan bajet yang terlibat untuk setiap aktiviti yang dirancang.
.
Contohnya setiap bulan anda pelan berbelanja untuk aktiviti pemasaran sebanyak RM10k. Inilah bajet yang akan dibelanjakan, jangan berbelanja lebih dari yang dirancang.

5. Cetak dan bentangkan pelan tersebut.

Selepas anda dah jelas dengan matlamat, cetak dan bentangkan info tersebut dengan pasukan / staff. Tunjukkan kepada mereka siapa yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti tersebut.
.
Jika anda bekerja seorang diri, cetak dan tampal matlamat tersebut di meja kerja anda.

6. Bertindak
Pelan dah dirancang, teruskan dengan bertindak. Tak perlu tunggu tarikh 1/1/2018.
Lebih cepat bermula lagi bagus.
Anda perlu fokus dan konsisten dengan matlamat yang dirancang. Jangan tersasar dari landasan.

7. Pantau pencapaian.

Setiap bulan, anda perlu pantau setiap aktiviti yang dilaksanakan.
Jika belum capai sasaran, cari solusi terbaik.
Jika ada masalah, selesaikan masalah.
Jangan biarkan masalah bertimbun, nanti sukar mahu diselesaikan.
.
Contohnya jika anda ada masalah FBads, carilah orang yang benar-benar membantu untuk menyelesaikannya. Jangan malu untuk bertanya.

Baiklah, rasanya setakat ini sahaja dulu perkongsian kak norah. Semoga memberi manfaat kepada semua.

#Matlamat2018
#leadermhamsbnorah

7 langkah rancang matlamat 2018

Beberapa hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2017. Bagaimana pencapaian anda tahun ini? Adakah sudah tercapai? Jika tercapai, ucapan tahniah untuk anda. Manakala jika belum, apakah langkah-langkah yang perlu diambil? Pastikan semuanya dah ada jawapan yang jelas.
.
.
Baiklah, dengan segala pencapaian tahun ini, apakah matlamat bisnes anda tahun 2018?
Jika belum ada matlamat, lepas baca tulisan kak norah ni ambik pen dan kertas dan tulis sekurang-kurangnya 10 impian untuk bisnes anda mengikut 7 langkah yang akan kak norah terangkan sebentar lagi. Boleh?
.
.
Apa langkah-langkah nya tu kak norah?
Baiklah, ini dia 7 langkah utama yang perlu korang tahu:
.
1. Letakkan target.

Apakah target bisnes anda untuk tahun 2018 nanti?
Nak tingkatkan jualan?
Buka cawangan?
Nak tambah database?
Tambah Agen?
Ambil staff baru?
Senaraikan sahaja dahulu target tersebut.
.
Contohnya, tahun 2018 nanti sasaran jualan adalah RM50k. Oleh itu, anda perlu rancang apakah strategi-strategi yang akan digunakan untuk mencapainya. Contohnya, mempunyai agen aktif seramai 500 orang menjual minyak herba asmak sekurang2nya 20 botol sebulan. Buat sedikit aktiviti mengira.
.
.

2. Target dibahagikan kepada beberapa fasa.

Selepas membuat sasaran, pecahkan lagi sasaran tersebut kepada beberapa fasa. Jika anda mensasarkan jualan RM50k, bahagikan jumlah sasaran jualan kepada bentuk bulan , mingguan dan harian.
.
Contohnya anda mahu capai jualan RM50k. Setiap bulan anda perlu membuat jualan sekurang-kurangnya RM50k/12 = RM4167 sebulan. Seterusnya RM4167/4 = RM1042 seminggu dan RM149 sehari.
.
Dengan pembahagian nilai tersebut, anda akan rasa lebih mudah untuk mencapainya. Setuju?
.
.
3. Apakah aktiviti perlu dibuat.
Untuk mencapai target anda, pastikan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk mencapainya. Anda juga perlu rancang strategi, resources, pelan dan pengiraan risiko dihadapi.
.
Contohya anda ingin menaikkan sales tadi, apakah medium-medium pemasaran yang boleh anda ceburi dan kuasai lagi. Mungkin sebelum ini anda sudah mahir didalam ilmu pemasaran Personal Branding di FB Peribadi, apa kata tahun hadapan cuba lagi medium pemasaran yang baru seperti Instagram, FBads, SEO, messenger marketing , email marketing dan sebagainya.
.
Rancanglah seminar / kursus yang perlu disertai tahun hadapan. Jika anda masih lemah ilmu kewangan, carilah seminar yang berkaitan pengurusan kewangan bisnes dan peribadi.

Baik setakat ini dahulu kak norah terangkan. 4 langkah lagi kak norah akan sambung besok ye.
Jangan ketinggalan tau.
Tahun 2018 adalah tahun yang lebih mencabar…
Namun dengan persediaan yang rapi, insya allah kita akan mampu menghadapinya.

#leadermhamsbnorah
#TimFarrahCare

Matlamat/sasaran hidup

Niat adalah salah satu rukun solat.
Apakah kaitannya dengan penetapan matlamat hidup?
“Setiap amal bergantung pada niatnya dan setiap orang mendapat balasan yang sesuai dengan niatnya” – Bukhari dan muslim.
.
.
Setiap kali menunaikan solat, niat kita adalah untuk memperolehi keredhaan Allah swt. Apabila tidak, tiada pahala untuk solat di sisiNYA.
.
Begitu jugak dengan kejayaan hidup. Ia bermula dengan penetapan matlamat / sasaran yang ingin di capai.
.
.
“Kepastian matlamat adalah titik awal semua pencapaian. Oleh sebab ketiadaan matlamat, 98% orang gagal dalam hidup mereka. ” – Napoleon Hill.
.
Apakah yang ingin kita capai?
Kita ingin jadi apa?
.
.
“Matlamat adalah wadah yang menetapkan arah tujuan kita. Sasaran anda iaitu ‘di Sana’ dapat dikenalpasti dari tempat anda iaitu ‘di sini’. Sasaran yang akan mendorong anda maju di atas papan permainan kejayaan peribadi anda. Sasaran demi sasaran yang dicapai makin mendekatkan anda kepada visi yang terlihat pada mata hati anda. Sasaran-sasaran itu menjadi tanda jalan yang memotivasi anda semasa anda berlari ke arah garisan penamat.” – Dr Cherie Carter Scott.
.
.
Ukuran dan skop sasaran, sama ada besar / kecil tak penting. Perkara yang penting adalah anda meluangkan masa berusaha mencapainya.
.
Tanpa sasaran, jadilah anda orang yang mengharapkan kejayaan datang bergolek.😊