4 langkah mudah urus duit bisnes

Apakah tujuan utama anda berniaga? Ya, semestinya mahu mendapat wang untuk menyara hidup, membuat amal jariah , memiliki aset di samping menyumbang kepada ekonomi negara. Lagipun pendapatan diperolehi dari bisnes adalah tidak terhad. Dengan syarat bisnes di uruskan dengan betul.

Tapi tahukah anda salah satu instrumen penting dalam bisnes adalah pengurusan kewangan? Namun ramai yang mengabaikan perkara ini kerana ia benar-benar leceh untuk dilakukan. Namun anda harus sedar bahawa sebenarnya pengurusan kewangan inilah nadi bisnes kita. Ia seumpama jantung di badan kita. Jika jantung anda sakit, aliran oksigen dalam badan tidak lancar. Jika dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan maut. Begitulah perumpaan untuk bisnes kita jugak.

Pengurusan kewangan yang baik membantu anda monitor perjalanan bisnes. Misalnya anda tahu samada tunai mencukupi untuk membayar segala kos dan belanja bisnes. Anda jugak akan tahu untung rugi. Selain itu anda dapat tahu Nilai bisnes.

Baiklah terdapat 4 langkah asas urus duit bisnes yang perlu anda tahu.

1. Asingkan duit

Langkah pertama yang patut anda lakukan adalah mengasingkan duit peribadi dan bisnes. Caranya mudah saja, masukkan duit gaji/upah diterima ke akaun peribadi. Manakala duit masuk dari jualan produk/servis dimasukkan ke akaun bisnes. Di samping itu anda jugak harus kenalpasti perbelanjaan/duit keluar itu untuk tujuan bisnes atau peribadi. Jadi taklah nanti akaun jadi cerca merba.

2. Menguruskan resit-resit bisnes

Hah ni ramai yang pening nak uruskan. Setiap hujung bulan/tahun kepala mula rasa pening mencari resit-resit yang lepas. Ini berlaku jika dilakukan dengan cara yang tidak sistematik.

Terdapat 4 cara mudah untuk menguruskannya.

a) Asingkan setiap resit ke dalam kotak / sampul / fail. Pastikan samada ia resit untuk peribadi atau bisnes.

b) Tampalkan resit di kertas A4. Buat nota kecil untuk maklumat sumber pembayaran dan apa tujuan. Susun ikut bulan.

c) scan atau ambik gambar resit dan letakkan di dropbox / google drive.

d) Menggunakan perisian perakaunan mudah. Tips tambahan: Setiap kali membuat jualan isu kan invois atau resit tunai. Ini adalah bukti duit masuk. Manakala untuk setiap pembayaran anda perlu minta resit / bil. ini adalah bukti duit keluar.

3. Aktiviti tunai

Dari mana sumber tunai anda?

Pelanggan/Operasi – hasil pendapatan

Pembiayaan – Modal pinjaman

Pelaburan – Jualan aset / duit pelabur

Ke mana pulak ia dibelanjakan? Kos stok , Gaji, sewa, bayar hutang pinjaman, beli aset dan sebagainya.

4. Rekod duit keluar masuk

Aliran tunai adalah semua transaksi duit masuk dan keluar dalam bisnes. Ini termasuklah transaksi bank atau tunai dan menunjukkan bakit tunai bisnes samada positif atau negatif. Semua rekod duit keluar masuk akan dimasukkan ke buku tunai. Dengan adanya rekod ini anda dapat pastikan duit tunai cukup untuk beroperasi. Paling penting pastikan baki tunai di tangan dan bank adalah sama dengan yang tercatat di buku tunai.

Tips urus kewangan peribadi yang mantap

Sudah berapa lama anda bekerja/berniaga? 5, 10, 15 atau 20 tahun? Berapakah nilai simpanan dan hutang yang ada. Adakah anda berpuashati dengan nilai-nilai yang dicapai? Jika Ya, ucapan tahniah untuk anda. Manakala jika jawapan Tidak, usahakan lagi untuk belajar urus kewangan yang betul.

Sebenarnya ilmu urus kewangan di luar sana sangat banyak. Salah satunya adalah menggunakan kaedah kompas kewangan. Kak norah akan kupaskan serba sedikit apakah yang dimaksudkan dengan kompas kewangan ini. Kak norah suka kaedah ini kerana mudah untuk diaplikasi dan terbukti berkesan.

Kompas kewangan ini adalah satu kaedah pengurusan kewangan yang dibahagikan kepada 4 kategori utama. Setiap bulan anda akan menerima sejumlah gaji, contohnya RM3500. Selepas ditolak EPF, Socso, PCB, zakat nilai bersih yang diterima RM3000. Jadi kita akan menggunakan nilai bersih ini untuk ditempatkan ke 4 kategori utama dalam kompas kewangan.

1) TERPAKSA (60%).

Kategori Terpaksa adalah RM1800 iaitu 60% dari pendapatan bersih. Perbelanjaan di kategori Terpaksa ini adalah seperti bayaran sewa rumah, pinjaman kereta, pinjaman rumah, sara hidup keluarga, bil letrik dan air, bil telefon, minyak kereta dan sebagainya. Jadi pastikan jumlah keseluruhan belanja perkara-perkara disebutkan tadi hanyalah 60%. Namun masalahnya ada juga yang terlebih, ini kerana membuat pinjaman kereta yang banyak dan di luar kemampuan.

2) SAMPAH (5%)

Tanpa kita sedari, kadang-kadang kita berbelanja berlebihan dengan makanan fast food seperti KFC, McDonald, Sugar Bun dan restoran Seafood. Kesemua tempat ni menawarkan makanan dengan harga yang mahal. Begitu jugak dengan aktiviti menonton wayang dan merokok. Alangkah baiknya jika semua perbelanjaan kategori sampah ni dibuat simpanan. Tapi bukanlah maksudnya anda tak boleh langsung berbelanja untuk kesemua tadi. Tetapi ada hadnya iaitu RM150 sahaja (5% dari gaji bersih).

3)BOCOR (5%).

Kategori ketiga ni jumlah peruntukan lebih kurang sama dengan kategori Sampah tadi. Kebocoran ni biasa berlaku apabila anda membuat pinjaman peribadi, penggunaan kad kredit, melancong, astro dan courts mammoth. Oleh itu, berhati-hati dengan jumlah keseluruhan nilaian pemakaian semua perkara tadi. Jangan melebihi had RM150.

4) UNTUNG (30%).

kategori yang terakhir adalah berkaitan dengan untung. Bila sebut untung biasanya berkaitan dengan simpanan, pelaburan dan perlindungan. Contohnya membuat simpanan dan pelaburan di ASB, TH, Unit Trust, FD, saham , emas dan hartanah. Selain itu, anda juga perlu mendapatkan perlindungan dengan mengambil takaful dan insuran.

Melalui hierarki kewangan yang kak norah pelajari, anda hanya perlu berbelanja sebanyak 10% dari pendapatan untuk perlindungan. Manakala 20% lagi peruntukan untuk simpanan dan pelaburan. Ini untuk mengelakkan anda berbelanja lebih untuk perlindungan.

Akhir sekali, semoga ilmu pengurusan kewangan yang kak norah kongsikan ini memberi manfaat dan panduan mudah untuk anda. Semua ilmu ini adalah ilmu yang kak norah pelajari dari seminar pengurusan kewangan bisnes owner tahun lepas.

Sila Like, tag rakan dan share info ini dengan gembira.

Insya allah, mudah-mudahan lebih ramai lagi yang mendapat manfaatnya.

CARA MUDAH mendapatkan laporan CCRIS

Sape sini ada hutang dengan bank? Tak kisah lah hutang peribadi, rumah, kenderaan dan kad kredit. Semua laporan hutang ni ada disimpan di Bank Negara Malaysia. Ia dikenali sebagai laporan CCRIS.

Permohonan untuk laporan kredit hanya boleh dilakukan oleh individu. Dalam kes entiti perniagaan atau orang yang meninggal dunia, permintaan tersebut boleh dibuat oleh orang yang diberi kuasa oleh entiti (untuk perniagaan) atau oleh mahkamah (si mati).

Biasanya pihak bank akan melihat laporan CCRIS terlebih dahulu sebelum meluluskan sebarang pembiayaan yang dipohon. Jadi amatlah penting untuk anda memastikan laporan CCRIS ini dalam keadaan baik atau sihat.

Camna nak tahu laporan CCRIS tu sihat atau tidak? Caranya mudah saja, untuk kewangan yang baik, rekodnya semua nombor 0,0,0,0,0. Maksudnya setiap bulan anda membayar hutang dengan baik. Tiada berlaku tunggakan. Jika terdapat nombor 1,2,3,4….96, ini menunjukkan laporan kewangan anda tidak sihat dan bank tidak akan pandang permohonan pembiayaan anda. Nombor 1 menunjukkan bayaran bulanan anda tertunggak sebulan. Begitu jugak untuk nombor – nombor yang lain. Lagi besar nilai nombor lagi banyak bulan anda tidak membuat bayaran.

.

Namun, jika anda masih ingin meneruskan permohonan pembiyaan tersebut, anda boleh tunggu laporan kewangan tersebut bersih sekurang-kurangnya 12 bulan. Jadi adalah penting untuk anda peka dengan perkembangan laporan CCRIS , lebih-lebih lagi jika anda ada meminjamkan nama untuk sesuatu pembiyaan kepada kawan atau saudara-mara. Tak lah nanti tetiba datang surat mahkamah suruh bayar hutang. Naya oooo.

.

Ok. Sekarang kita cerita cara mudah untuk mendapatkan laporang CCRIS ni. Ada 2 cara iaitu:

#1 Kiosk BNM

Pergi sahaja ke mana-mana ibu pejabat BNM ( Bank Negara Malaysia).

Seperti biasa jika masuk ke kawasan BNM, pemeriksaan keselamatan akan dilakukan, tak pe ianya hanyalah prosedur biasa. Maklumkan sahaja yang anda nak cetak laporan CCRIS.

.

Selepas anda tiba di pejabat BNM, tanyakan staff di kaunter cara untuk cetak laporan CCRIS. Mereka akan bantu . Caranya mudah sahaja, yang penting anda dah bawa kad pengenalan diri. Ianya adalah alat penting untuk mengesahkan laporan kredit.

.

Pergi ke kiosk BNM, ikuti arahan yang diberikan. Hanya beberapa minit sahaja anda akan menerima Salinan laporan kewangan CCRIS tersebut.

Akhir sekali, jangan lupa untuk mendaftar akaun eCCRIS supaya senang anda monitor laporan kredit secara online sahaja.

#2 eCCRIS di sila layari https://eccris.bnm.gov.my/.

Sebelum anda menggunakan platform eCCRIS anda perlu mendaftar akaun eCCRIS terlebih dahulu di pejabat BNM. Anda akan diberikan nombor pin untuk mengaktifkan akaun eCCRIS. Ini akan memudahkan anda untuk monitor perkembangan laporan CCRIS tanpa perlu hadir ke pejabat BNM. Lebih jimat masa, tenaga dan wang.

Semoga Bermanfaat

Dapatkan lebih info mengenai kewangan dan bisnes dengan join link di :

https://t.me/joinchat/AAAAAEN1scTzpd43mXNGzg

Semoga memberi manfaat.

Faedah pengurusan kewangan syarikat

Selain menjual dan membuat pemasaran, seorang peniaga perlu ada ilmu pengurusan kewangan syarikat. Kesedaran awal terhadap pengurusan kewangan itu lebih penting, berbanding menunggu jualan puluhan ribu sebulan baru nak mula. Latihan awal membuatkan anda mahir menganggarkan keuntungan pendapatan syarikat di masa hadapan.

.

Sebenarnya banyak lagi faedah yang dperolehi iaitu:

#1 Membina aliran kewangan syarikat.
Dengan adanya maklumat kewangan syarikat anda boleh melihat melihat alirannya samada positif atau negatif. Cara mudahnya begini, bayangkan aliran sungai yang mengalir tetapi kita tukarkan air tu kepada bentuk wang. Air sungai tidak akan berhenti mengalir jika punca mengalirkan air masuk melebihi air yang keluar, sungai akan tetap mengalir dan tidak akan kering. Air yang mengalir juga membuatkan sungai tak jadi busuk dan mendap. Namun keadaan sebaliknya berlaku apabila punca mengalirkan air masuk kurang dari yang keluar.

#2 Meningkatkan keuntungan bisnes.

Ini adalah misi kita buat bisnes iaitu menjana keuntungan yang optimA. Banyak perkara boleh dilakukan untuk syarikat apabila mencapai keuntungan. Contohnya membaiki sistem / strategik syarikat, upgrade bangunan, buka cawangan dan sebagainya.

#3 Membuat unjuran perjalanan perniagaan anda.

Dengan adanya info aliran kewangan selama 3 bulan, maka bolehlah maklumat tersebut dijadikan unjuran bisnes untuk 3 bulan akan datang. Jadi senanglah anda untuk membuat sebarang perancangan yang lebih realistik.

Dapatkan lebih ilmu bisnes dengan join link ini:

https://t.me/joinchat/AAAAAEN1scTzpd43mXNGzg

#celikkewangan

#norahleadermhamsb

5 langkah awal pengurusan kewangan untuk newbies

Ramai peniaga bijak mencetak duit namun gagal mengurus kewangan.Masalah ini bukan sahaja dialami oleh peniaga yang baru malah orang yang dah lama berniaga pun menghadapi masalah yang sama. Beberapa langkah perlu diambil supaya anda tidak menjadi perompak untuk bisnes sendiri.

Caranya adalah:

1. Membuka akaun bisnes.

Langkah pertama anda boleh lakukan adalah pergi ke bank dan buka akaun bisnes. Setiap hari atau setiap minggu luangkan masa untuk bank-in wang tunai/ cek yang diperolehi. Lakukankannya dengan konsisten. Anda akan merasai perubahan dalam bisnes anda dan terasa lebih sistematik.

Selain itu , dengan adanya akaun bisnes, orang ramai akan lebih percaya untuk membuat urusan jualbeli. Ini kerana akaun menggunakan nama syarikat, jika ada apa-apa masalah mereka akan rujuk kepada pemilik syarikat bukannya ke akaun peribadi orang tersebut.

2. Simpan resit perbelanjaan.

Usahakan untuk mendapatkan resit bagi sebarang perbelanjaan berkaitan perniagaan. Contohnya resit membeli minyak untuk urusan COD, pembelian stok dari pembekal, bil internet untuk urusan bisnes online, bil telefon dan sebagainya.

Pastikan resit tersebut di buat Salinan, kerana kebanyakan resit mempunyai dakwat yang mudah luntur. Kemudian, rekodkan semua perbelanjaan di dalam buku khusus untuk perbelanjaan. Jika anda ada kemahiran boleh lakukannya di Microsoft excel.

3. Simpan resit jualan.

Beli buku resit untuk catitan urusan jualbeli bersama pelanggan. Kemudian rekodkan semua jualan tersebut didalam buku / gunakan aplikasi micrsoft excel. Jika urusan transaksi mencapai puluhan dan ratusan sehari bolehlah gunakan aplikasi yang banyak di jual di pasaran. Contohnya Storehab, Ordersini dan sebagainya. Ini untuk memudahkan urusan rekod .

4. Bayar gaji untuk diri sendiri

Peruntukkan bayaran gaji untuk diri sendiri. Ini untuk mengelakkan diri kita merompak duit syarikat. Bayaran gaji dikira sebagai perbelanjaan untuk syariakat. Duit gaji inilah yang akan anda gunakan untuk membeli sebarang keperluan hidup. Jangan sesekali mengambil duit jualan. Jika anda tidak berdisiplin, anda tidak akan nampak hasil usaha anda.

5. Top-up ilmu kewangan

Sebagai peniaga, jangan lupa untuk top-up ilmu berkaitan pengurusan perniagaan. Salah satunya adalah pengurusan kewangan bisnes. Anda tidak perlu mahir seperti seorang akauntan, cukup sekadar memahami cara membaca akaun dan berbincanglah dengan akauntan yang menyediakan laporan kewangan anda.

Rasanya setakat ini dahulu perkongsian kak norah, semoga memberi manfaat kepada anda.

#celikkewangan

#norahleadermhamsb