FAHAMI KONSEP SEBENAR SIMPANAN EMAS

September 2012 menyaksikan harga emas mencecah sehingga menghampiri USD1,800/oz dan sekarang harganya hanya sekitar USD1,300/oz hingga USD1,400/oz sahaja. Tiada siapa yang tahu, adakah harganya akan terus di paras yang sama, menaik atau menurun. Ramalan yang dibuat oleh pakar ada kalanya tersasar kerana turun naik harga emas dipengaruhi oleh banyak faktor.

Fenomena kejatuhan harga emas ini menyebabkan ramai yang takut untuk menyimpan emas apatah lagi untuk membeli emas. Mereka beranggapan menyimpan emas tidak mendatangkan keuntungan, malah merugikan. Apa tidaknya, jika pada september 2013 mereka membeli emas dan menukarkannya kepada wang tunai pada hari ini, wang tunai mereka akan menyusut jumlahnya sebanyak 22%. Kerugian ini kebanyakannya dirasai oleh mereka yang menjadikan emas semata-mata untuk pelaburan.

sebagaimana membeli saham, iaitu menjualnya ketika harganya lebih tinggi daripada harga ketika membelinya. Tidak dinafikan, emas juga boleh dijadikan sebagai pelaburan jangkamasa pendek dan sederhana yang menguntungkan sebagaimana melabur dalam saham kerana emas juga adalah bahan komuditi yang diperdagangkan di seluruh dunia di mana harganya sentiasa berubah-ubah setiap saat. Ada kalanya naik dan ada kalanya turun bergantung kepada permintaan, pasaran dan faktor- faktor yang lain. Walaupun keuntungannya lumayan tetapi perlu di ingat, risikonya juga besar.

Mereka yang berjaya dalam bidang ini mempunyai cukup kepakaran terutamanya dalam menganalisis dan meramal pergerakan harga emas. Tidak kurang juga ada golongan yang ‘tercekik’ bila mana emas simpanan mereka yang digadaikan di institusi Ar Rahnu terlelong akibat kegagalan membayar pinjaman dan upah simpan yang dikenakan. Ini biasanya berlaku kepada mereka yang menggunakan berbagai ‘skill’ untuk menggandakan emas mereka dengan memanipulasi kemudahan Ar Rahnu tanpa memikirkan risiko yang bakal ditanggung.

Bagi mereka yang memahami konsep sebenar simpanan emas, mereka tidak ambil kisah pun samada harga emas naik ataupun turun. Bagi mereka, kejatuhan harga emas adalah satu peluang yang ditunggu-tunggu di mana, inilah masanya yang paling sesuai untuk mereka memborong dan menambah lagi simpanan emas mereka. Begitu juga dengan peniaga emas, inilah masanya mereka menambah stok.

Apakah Konsep Sebenar Simpanan Emas? Maksud sebenar simpanan emas adalah menyimpan aset dalam bentuk emas. Caranya adalah dengan menukarkan simpanan wang atau sebahagian hasil pendapatan kepada emas. Sebaik-baiknya gunakanlah 30% hingga 50% sahaja daripada wang simpanan yang ada untuk membeli emas. Usah terlalu gelojoh dan tamak dengan menggunakan kesemuanya untuk membeli emas. Belilah secara berperingkat-peringkat. Tujuan utama berbuat begitu adalah supaya, jika harga emas turun, kita masih ada lagi tunai untuk membeli emas dan seterusnya dapat merendahkan harga emas simpanan sedia ada melalui teknik pemurataan harga.

Jika anda mahukan keuntungan yang maksimum dengan simpanan emas, jadilah penyimpan dan dalam masa yang sama menjadi peniaga emas. KESIMPULAN Simpanan dan pelaburan emas memang menguntungkan jika dilakukan dengan ilmu dan tindakan yang betul. Simpanan emas lebih selamat dan mudah iaitu dengan hanya menetapkan matlamat terlebih dahulu dan seterusnya beli dan simpan emas secara berperingkat tanpa risau samada harga emas naik atau turun.

Berbeza dengan pelabur emas yang perlu berhadapan dengan risiko dan memerlukan lebih kepakaran. Penyimpan emas juga secara tidak langsung adalah pelabur kerana mendapat untung, manakala pelabur emas tidak semestinya penyimpan emas. Pelabur emas hanya membeli dan menjualnya semula apabila harga yang dikehendaki mencapai sasaran.

Diharap panduan tip dan perkongsian pengalaman ini, boleh dijadikan panduan serta berfaedah kepada anda yang telah menabung emas dan juga kepada mereka yang baru bercadang untuk menjadikan emas sebagai alternatif simpanan menggantikan simpanan wang. Kongsikan ilmu dan tip simpanan emas ini dengan seberapa ramai yang mungkin kerana selain anda mendapat ilmu, mereka juga akan berterima kasih kepada anda. Elakkan diri anda dari menanggung kerugian dengan ILMU EMAS sebelum melibatkan diri dalam emas.

Kredit: Fb Bob

TIPS MENGENALPASTI EMAS ASLI DAN TIRUAN

Membeli emas ini bukanlah seperti membeli sayur dipasar. Hanya kerana namanya emas terus kita beli tanpa mengambil kira aspek ketulenan dan keaslian emas tersebut. Kelak kita juga yang rugi dek kerana memandang enteng perihal ini. Antara tips yang boleh dikongsi bersama adalah :

1. Periksa Ciri Emas Secara Visual

 Periksa cop pada emas biasanya ia tertera dalam bacaan fineness (1-999 atau 0.1 – 0.999) dalam bacaan karat (10k, 14k, 18k, 22k, atau 24k). Jika terlalu kecil gunakan kanta pembesar untuk pastikan dengan betul kerana sesetengah emas palsu juga dicop dengan bacaan emas agar Nampak seperti asli.
 Cara kedua ialah periksa perubahan warna, gosok dengan jari pada mana-mana bahagian. Emas palsu akan menampakkan warna logam yang lain dan perbezaan warna dengan emas asal.

2. Menggunakan Magnet

 Gunakan magnet dan uji pada emas. Jika emas melekat pada magnet bermakna ia adalah emas palsu kerana sudah bercampur dengan logam lain. Tetapi harus diingatkan bahawa ada emas palsu yang dicampurkan dengan bahan logam lain yang non-magnetik. Awas! Dan pastikan ianya betul-betul emas asli.

3. Gores Emas Pada Seramik

 ni merupakan salah satu cara yang mudah tetapi agak berisiko kerana emas mungkin akan tergores dan calar. Caranya adalah goreskan emas pada permukaan ceramic, jika ada goresan hitam bermakna emas itu adalah palsu tetapi jika tiada kesan hitam bermakna itu adalah emas asli.

4. Menggigit Emas

 Cara ini biasanya dilakukan oleh atlet. Boleh juga menggunakan cara ini tetapi emas akan sedikit kemek dan mempunyai kesan gigitan. Caranya dengan mengigit emas tersebut (jangan terlalu kuat) secara teori, emas asli akan terdapat sedikit kesan gigitan, kesan gigitan semakin dalam jika emas adalah 24 karat.

5. Uji Ketulenan Emas Menggunakan Asid Nitrik

Ini merupakan cara yang cukup bagus untuk mengenal emas asli atau palsu tetapi cara ini agak bahaya kerana menggunakan asid, sebaiknya minta pekerja kedai emas untuk membuatnya. Langkahnya adalah seperti berikut :

a) Letak emas dalam bekas stainless steel.
b) Letak setitik Nitric Asid pada emas dan lihat kesan perubahan yang dihasilkan.
c) Reaksi warna hijau menunjukkan logam besi berlapis emas.
d) Reaksi emas menunjukkan logam kekuningan berlapis emas.
e) Reaksi warna susu menunjukkan logam perak berlapis emas.
f) Jika tiada reaksi bermakna ia adalah emas asli.

JADILAH PEMBELI YANG BIJAK😊😊

SUMBER : http://www.gulljewellery.com/…/6-teknik-dan-cara-mengetahu…/

#EdaliaGold #GoldForFuture

TIPS MENABUNG EMAS SECARA MUDAH

Tak mampu nak menabung 10 gram setiap bulan? Takpe, ada yang lagi kecil, 1 gram. Bagaimana nak kumpul 1 gram setiap bulan? 🤔
.
.
Setiap hari kita simpan RM 7 ke dalam tabung khas:-

30 hari x RM 7 = RM 210 kan

Jadi…. 😍 😍

1 gram :
RM 210 – RM 156 (Harga emas semasa) = RM 54 baki 😳 🤗

Mudah kan?
.
.
Cuma nak ke tak nak je 😁 😁 😁
.
.
Tabiat ni HARUS ISTIQAMAH setiap bulan. Hasil tindakan dari TABIAT yg baru, ANDA berjaya menyimpan sebanyak 12Gram setahun. 😍
.
Jadi….memang tiada untuk cakap TAK MAMPU nak beli emas.
.
ANDA BUKAN TAK MAMPU CUMA TAK TAK TAHU

Jom start menabung duit harini 🙋🏻‍♂

Edalia Gold by Norah Tuah

#EdaliaGold
#GoldForFuture

STANDARD EMAS MALAYSIA

999 – 24K950 – 23K
916 – 22K
875 – 21K
835 – 20K
750 – 18K
585 – 14K
375 – 9K
.
.
Emas di Malaysia lebih popular seperti bawah ini:-
1) Emas 10 atau 999 – 24K – 99.9% kandungan emas
2) Emas 950 – 23K – 95.4% kandungan emas
3) Emas 916 – 22K – 91.6% kandungan emas
.
.
24k gold, adalah emas tulen.

18K gold, mengandungi 18 bahagian emas dan 6 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 75% emas.

14k gold, mengandungi 14 bahagian emas dan 10 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 58.3% emas.

12k gold, mengandungi 12 bahagian emas dan 12 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 50% emas.

10K gold, mengandungi 10 bahagian emas dan 14 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 41.7% emas. (10K emas karat adalah kandungan minimum yang boleh disebut “emas” di Amerika Syarikat).
.
.
Tanda Mutu bagi Negara Eropah

Perhiasan emas Eropah ditandakan dengan nombor-nombor yang menunjukkan peratusan kandungan emas mereka, seperti dibawah:

18K gold, ditandakan 750 untuk menunjukkan 75% emas

14K gold, ditandakan 585 untuk menunjukkan 58.5% emas

10K gold, ditandakan 417 untuk menunjukkan 41.7% emas
.
.
Tanda-tanda lain pada Perhiasan Emas

Selain dari tanda karat pada perhiasan emas anda, ia juga perlu disertai dengan tanda atau cop dagangan untuk mengenal pasti pembuatnya. Tanda negara asal barangan mungkin juga akan disertakan.
.
Di kebanyakan negara di dunia undang-undang menghendaki setiap barang kemas secara jelas dicop dengan simbol karat. Ia sering dikawal melalui sistem “Hallmarking” yang berasal dari London di “Goldsmiths’ Hall” mulai abad ke 14. Hari ini “Hallmarking” adalah diwajibkan di Belanda, Mesir, Britain, Peranchis dan Bahrain. Jika tiada undang-undang yang mengawalnya, pengilang akan sewenang-wenangnya mengecop sendiri barang kemas mengikut cop tanda perusahaan mereka termasuk karat dan ketulenan.
.
Hallmark ialah satu tanda atau beberapa siri tanda dicetak pada logam berharga seperti platinum, emas, perak dan di sesetengah negara, palladium.

Hallmark sering disalah ertikan dengan perkataan trademark. Hallmark ialah satu tanda rasmi yang mengesahkan ketulenan sesuatu logam, trademark pula adalah pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan dan membuat sesuatu produk.

Common Control Mark atau CCM yang biasa dilihat pada emas, perak & platinum.
.
.
Kongsikan kepada semua. Semoga bermanfaat.

#EdaliaGold
#GoldForFuture

Info jual beli emas:

http://edaliagold.wasap.my

atau di 0168313664 (Norah)

TEMPAT “SIMPAN DUIT” PALING BAIK UNTUK ANAK MUDA

Sekerap mana atau seboros mana kita berbelanja, kita masih memerlukan simpanan sebagai “Backup” kita jika kita mengalami sebarang masalah. Usia mudalah waktu yang terbaik untuk kita memulakan tabungan kita agar kita boleh menyimpan dengan lebih baik dan sistematik.
.
Berapa % kah anda menyimpan dari gaji anda sebagai tabungan anda?. Sebenarnya tak kisah pun berapa tapi paling kurang pun 10% pun jadi dah. Paling kurang pun jika anda nak gunakan nanti ada simpanan yang boleh tolong anda & yang penting tahu nak simpang dekat mana.

Tempat terbaik nak simpan duit ialah :

1. ASB
ASB merupakan tempat simpan yang famous bagi anak-anak muda untuk beranakkan duit dengan cepat. Untuk menggunakan ASB anda perlu tetapkan matlamat ASB anda dulu iaitu seperti untuk membeli rumah, untuk perbelanjaan perkhawinan dan lain-lain.

2. Tabung Haji
Tabung Haji juga merupakan tempat yang famous untuk anak muda selain ASB. Hal ini kerana manfaat yang terdapat pada Tabung Haji iaitu :
 Modal awal yang rendah
 Modal simpanan dijamin
 Pemberian dividen dan bonus kompetitif
 Dividen & bonus dikecualikan cukai
 Patuh syariah

3. PRS (Private Retirement Scheme)
PRS ini melengkapkan plan simpanan persaraan wajib seseorang melalui KWSP. Ianya juga dijadikan sebagai simpanan tambahan untuk persaraan. Simpanan ini dapat melawan inflasi dan berpeluang mendapat pulangan pelaburan yang baik.

Simpanan Persaraan PRS akan melengkapkan simpanan persaraan KWSP seseorang. Manakala pelepasan cukai individu juga akan mendapat pengecualian sehingga RM3,000 setahun penilaian bagi 10 tahun pertama.

4. EMAS
Cuba kira berapa nisbah gram emas yang diperlukan untuk belanja pengajian universiti hari ini. Kalau kita simpan 1 gram emas sebulan untuk anak bermula dari hari kelahirannya, maka ia akan ambil masa 18 hingga 20 tahun untuk mendapatkan 240 gram. 20 × 12 = 240 gram. Andaikan pembelanjaan pengajian universiti ialah RM 34 000 maka ia bersamaan dengan lingkungan 210 hingga 240 gram emas.

Harga emas harini ialah RM 157.23 (23/7/2018) x 220 gram = RM 34 590.60. Maka, ianya cukup untuk perbelanjaan anak anda dan tak perlu begantung dengan PTPTN. Simpanan itu kalis inflasi. Pendek kata, 240 gram emas itu cukup untuk tampung pendidikan anak-anak walau apa pun berlaku kepada ekonomi dan ringgit. Anak-anak tak perlu ambil pinjaman PTPTN seperti kita.

5. Tabung Warna
Tabung warna merupakan cara yang paling menarik, mudah dan untung. Cara ini adalah sesuai untuk golongan yang mempunyai disiplin tinggi dan ingin menyimpan secara tetap. Tabung warna antara cara yang paling biasa dan diamalkan oleh hampir semua orang.

Targetlah berapa pun tak kisahlah RM 5 ke RM 10 ke janji anda konsisten dalam menabung. Bila sudah cukup tabungan itu, tukarkan kepada sesuatu yang beharga seperti emas barulah duit itu tadi beranak.
.
.
Tanamkan sikap untuk menyimpan agar cerah masa hadapan disamping dapat mengelak dari masalah.

#Edalia
#GoldForFuture
#emas916

Info Jualbeli emas:

http://edaliagold.wasap.my

atau di 016-8313664

ILMU EMAS

Nampak mudah.
Nampak macam perkara kecik je.
Tapi bila terjadi salah paham akibat takde ILMU, habis di canang satu dunia.
Maklumlah..dunia di akhir zaman ini..
Lebih dasyat cara fitnahnya..
Zaman VIRAL kan 😂
Tanpa menyiasat atau selidik terlebih dahulu.
.
Saya terpanggil untuk berkongsi ILMU ini. Mudah-mudahan dapat di jadikan panduan kepada yang belum tahu.
.
.
Terdapat beberapa jenis barang kemas mutu 916 yang di pasang atau di cantumkan dengan mutu 750.
.
.
Di antara jenis barang kemas itu adalah ;
📌 Subang ketip/katup
📌 Bangle
📌 Cangkuk jenis lobster & lain-lain

KENAPA ?
Kerana untuk meningkatkan ketahanan sesuatu barang kemas itu, mutu 750 ini di perlukan bersama. Ambil maklum bahawa emas 916 sifatnya lebih lembut dari 750. Untuk menyokong supaya sesuatu barang kemas itu tidak mudah patah atau rosak, sedikit emas 750 di perlukan bersama. Contohnya sendi di belakang subang ketip/katup di letakkan sedikit emas 750 supaya dapat menahan sendi itu dari patah.
.
.
Namun, jumlahnya atau gramnya adalah dalam nilai yang sedikit atau sangat kecil. Contohnya 0.03g +/-.
.
.
Oleh itu, jika anda mendapati ada sesetengah orang memberitahu bahawa emas anda palsu, tidak laku dan sebagainya. Hendaklah anda semak dengan badan/persatuan yang boleh mengesahkan ketulenan barang kemas anda itu. Dapatkan penjelasan terlebih dahulu.Jangan mudah terjun ke dalam kesimpulan. Rujuk dengan beberapa badan/persatuan sebelum mengeluarkan statement. Takut takut nanti boleh kena saman pulak 😂 😂
.
.
Berikut adalah di antara badan/persatuan yang anda boleh rujuk untuk semak ketulenan barang anda.
.
.
 AR RAHNU POS MALAYSIA
 AR RAHNU YAPEIM
 ARRAHNU XCHANGE
.
Anda boleh mencuba salah satu ini yaa 😊
.
.
Share jika manfaat.

info jual beli emas

http://edaliagold.wasap.my

atau di talian 0168313664 (Norah)

#EdaliaGold
#GoldForFuture
#SimpananEmas

EMAS ADA CHROME TAK LAKU??

Baca ilmu ni sampai habis, jangan sampai terkena.

Emas putih ke Chrome
Pegi kedai emas, tunjuk gelang…ada chrome putih…

Tokey cakap, “Amoiiii…ni talak laku….wa ambik mulah2 je ..kalo lu jual tempat lain…olang talak ambik”
😨😨😨😨😨😨😨😨😨

Orang kita…lbh percaya tokey cina…tak percaya dgn kita. Sebenarnya itu adalah strategi mereka utk untung lebih.

Sepatutnye emas yg ade calit putih tu sama je harga dia. Melainkn klu ada batu/pmata bru asingkn. Timbg emas shj

Yang calit² putih tu sebenarnya chrome. Bukan emas putih.

Chrome=saduran cat ke atas emas

Tukang emas letak chrome pada brg kemas untuk bg nampak cantik & up to date. Bila sampai masa…hilang cat chrome dan kembali kpd warna emas asal

Ramai org silap faham kalau brg kemas yg ade chrome tu, bila nak jual semula tak laku

Ramai jugak yg beranggapan brg kemas yg ade chrome tu lebih mahal dr yg tak ada chrome. Sepatutnya sama je

 Emas putih pulak adalah emas yg mengalami proses pelunturan atau ‘bleaching’

Emas putih dicampurkan dengan logam Nikel utk nampak seperti platinum. Emas putih lebih murah berbanding platinum sbb platinum perlukan suhu yang tinggi utk leburkannya.

 Kualiti emas putih adalah 17K dan harga lbh rendah berbanding emas biasa. Emas putih x sesuai utk dibuat pelaburan kerana kadar spread boleh capai 70% bila dijual semula. Emas putih hanya sesuai sebagai perhiasan dan kenang²an.

Isu emas kemik & calar tak diterima pon sama juga. Kononnya tak laku & mereka ambil murah. Padahal nanti akan dipatahkan & dileburkan juga

Sebab tu ilmu penting. Bila kita ada ilmu x akan senang ditipu & dimanipulasi pihak lain.

Jom sama kita sebarkan info ini. Wujudkan masyarakat celik emas di kalangan kita

Info jualbeli emas:

http://edaliagold.wasap.my

atau ke nombor 0168313664 (norah)

 

#Celikemas
#misicerdikpenggunaemas
#emas916

Teknik Tabungan Mudah untuk emas

Alhamdulillah semakin ramai yang sudah memasang impian untuk menyimpan emas. Mereka sudah sedar bahawa emas adalah penyimpan nilai terbaiksepanjang zaman.
.
Masalahnya ramai yang mengadu nak beli emas ni mahal. Iye betul, tapi jika anda terus menunggu masa sesuai untuk membeli, sampai bila-bila pun tak akan dapat.Mulakanlah langkah pertama dengan membuat tabungan.
.
Bila sebut tabungan pastinya anda rasa berat kan? Apa taknya, nak berbelanja pun tak cukup, ini kan pulak nak menabung.
.
Aduh.. tiada yang mustahil sebenarnya.
Nak cuba cara paling mudah menabung?
Mari amalkan menabung di 3 balang warna tabung.
#1 Tabung Biru ( not RM1)
#2 Tabung hijau (not RM5)
#3 Tabung merah (not RM10)

Contohnya setiap kali pulang dari membeli belah di kedai runcit / pasaraya, lihat baki duit di dompet. Anda boleh memilih untuk menabung salah satu not wang (RM1/ RM5 / RM10) atau menabung kesemuanya.
.
Selain itu, selepas balik kerja setiap hari, periksa dompet dan buat tabungan di salah satu balang.
.
Selepas sebulan atau beberapa bulan, periksa jumlah tabungan yang dikumpul. Jika jumlah tabungan sudah mencapai suatu amaun pembelian emas, maka belilah emas. Tak perlu banyak, bermulalah dengan belian 1g emas pun dah cukup. Paling utama wujudkan rasa menyimpan emas itu terlebih dahulu.

Jika anda amalkan sikap ini, insya allah suatu hari nanti bilangan gram emas yang terkumpul mencecah puluhan atau ratusan gram. Siapa yang untung? Anda lah. 👍😊

Info jual beli emas.
http://edaliagold.wasap.my

9 KELEBIHAN MENYIMPAN EMAS

Pasti ramai yang tertanya-tanya, apa yang best sangat beli emas ni?. Kelebihannya sangat banyak jika mahu disenaraikan. Di sini kak norah senaraikan beberapa kebaikan yang diperolehi apabila menyimpan emas ye.

1.  Nilai yang terjamin untuk jangka masa panjang.

1400 tahun dahulu , di zaman nabi muhammad SAW, harga seekor kambing boleh dibeli dengan 1 dinar. Sehingga kini anda boleh membeli seekor kambing dengan harga satu dinar. Anda boleh perhatikan betapa ampuhnya nilai emas untuk suatu jangka masa yang panjang. Jika ada bandingkannya dengan nilai wang kertas, perbezaan nilai tersebut sangat ketara. Pada tahun 80-an, anak-anak hanya membawa wang 50sen untuk belanja ke sekolah. Wang 50 sen ini sudah cukup untuk membeli makan minum di kantin. Namun, pada hari ini, nilai 50 sen adalah tidak mencukupi, malahan rata-rata anak-anak membawa wang RM3 ke atas. Kenapa perkara ini berlaku? Sudah tentu disebabkan kenaikan inflasi. Wang kertas lah yang paling terjejas dengan inflasi. Jadi, belilah emas untuk melawan inflasi.

2.  Mudah dicarikan ke dalam bentuk wang tunai.

Bila-bila masa anda perlukan wang tunai anda boleh jual atau gadai sahaja emas. Emas adalah wang tunai, tapi dalam bentuk fizikal. Cuba bandingkan dengan aset hartanah anda, adakah mudah untuk mencairkannya? Jawapannya, sudah tentu tidak. Malahan tempoh urusan jualbeli mengambil masa berbulan-bulan, malahan bertahun-tahun. Jadi adalah lebih baik anda memiliki emas yang dapat membantu anda di saat kecemasan di kemudian hari.

3. Aset yang boleh diterima di seluruh dunia .

Wah, emas adalah satu-satunya aset yang senang diterima oleh seluruh dunia. Apabila anda ke luar negara dan tiba-tiba wang kertas tidak cukup, maka jual kan lah emas anda. Mana-mana negara dan bila-bila masa sahaja akan menerimanya dengan senang hati. . Kisah peperangan vietnam dan amerika banyak diceritakan oleh orang-orang terdahulu. Oleh kerana pergolakan yang berlaku di negara vietnam maka ramailah rakyatnya melarikan diri ke negara jiran-jiran . Mereka menjual semua harta benda dan ditukarkan kepada emas. Emas tersebut dibuat kepingan dan diikat di baju. Apabila mereka mahu memulakan hidup baru di negara luar, mereka hanya perlu menjual emas-emas yang dimiliki. . Begitulah kisahnya, betapa emas dapat menyelamatkan kehidupan mereka di tempat lain.

4. Aset pelaburan yang tidak terikat dengan mana-mana pihak.

Setiap aset mempunyai sandaran. Contohnya bon terikat dengan penerbitnya, saham terikat kepada pengurusan dan prestasi syarikat , wang tunai pulak terikat kepada kekuatan kerajaan. Begitu jugak dengan hartanah yang masih terikat dengan peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Ini berbeza dengan emas, ianya adalah pemilikan yang sebenar. Emas tidak terikat dengan mana-mana sistem / sesiapa /aset kewangan lain.

5. Aset fizikal yang mampu milik.

Untuk jaminan masa hadapan kita disarankan untuk melabur dalam bidang hartanah. Wah, bila sebut sahaja hartanah, terus terbayang di fikiran kita betapa tingginya bayaran untuk memilikinya. Itu belum lagi kira beberapa urusan dengan peguam, lembaga hasil dalam negeri dan lain-lain belanja sebelum pemilikannya. Untuk memiliknya, keadaan kewangan kena benar-benar mantap. Jika tidak, sangat tipis peluang untuk mendapatkannya. Berbanding emas, ia adalah aset fizikal yang mampu milik. Kenapa?. Kerana anda boleh memiliknya dengan bayaran bajet bermula dengan pembelian 1gm. Apabila sudah konsisten menyimpan, nilainya akan terus meningkat seiring dengan peredaran zaman.

6. Aset fizikal yang mudah alih.

Emas satu-satunya aset fizikal yang boleh di bawa ke mana-mana. Tidak kisah sama ada ada berada di dalam negara atau luar negara. Emas tetap di terima di mana-mana. . Berbanding jika anda membeli hartanah, anda sama sekali tak boleh mengalihkannya sesuka hati. Misalnya anda bercadang untuk berpindah ke tempat lain, anda terpaksa menjual hartanah tersebut.

7. Tiada siapa yang akan tahu, melainkan diberitahu.

Emas tidak bersandar terhadap mana-mana sistem kewangan. Tidak disenaraikan dalam CCRIS, bank negara atau mana-mana jabatan kewangan. Oleh itu, pemilikan emas adalah rahsia individu itu sendiri. . Oleh yang demikian, untuk mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingi berlaku adalah lebih baik maklumkan kepada waris nilai emas serta tempat menyimpan emaa. Jika tidak, waris akan kerugian.

8. Nilai kekayaan di tangan kita.

Wah sesiapa yang memiliki emas bebar-benar beruntung. Ini kerana emas menjadi pemilikan sebenar individu. Berbanding wang kertas, jika apa, -apa berlaku terhadap sesuatu kerajaan, maka nilainya boleh jadi RM0 sahaja.

9. Menjadi kebanggaan pemiliknya.

Golongan wanita lah yang paling suka dengan emas. Terutamanya barang kemas, ia menjadi kebanggaan si pemakainya. Kata orang dulu-dulu, emas menjadi penambah seri personaliti seorang wanita. Maka sebab itulah mak ayah kita suka pakaikan barang kemas.

Nak info lanjut jual beli emas?

Klik sahaja link ini http://edaliagold.wasap.my

atau wassap di 016-8313664